Tuesday, May 21, 2013

Convocation Day (20 Mei 2013)


Assalamualaikum n salam uitm sentiasa dihatiku..wahhh, semangat gitu..hahaha..maklumlah, baru secara rasminya bergelar Alumni Universiti Teknologi Mara.. Bila orang tanya, apa perasaan nak convo, aku tanya balik kat diri aku "apa perasaan nak convo? macam xda rasa apa2 pun.." Tapi, lepas habis majlis convo, orang tanya apa perasaan dah convo? aku just boleh cakap "sumpah, best gila..seronok yang teramat sangat..suasana convo memang best gila.." Time convo ni la nak kumpul balik n jumpa balik dengan member2 lama masa kat Uitm Segamat dulu..

1st, aku nak ucapkan a billion thanks to my beloved mak n ayah yang dah banyak sangat berkorban untuk aku.. Walaupun aku grad dengan pointer yang tak berapa nak memberangsangkan n x dapat pun ANC bagai, tapi mak n ayah tetap datang majlis konvo aku dengan penuh rasa bangga.. Love u both mak n ayah..
(En Mohd Amaluddin Bin Mohd Tap & Pn Rusnani Binti Lasimun)

2nd, a thousand thanks to my family..untuk faiz, aku harap sangat2 majlis konvo aku ni akan jadi lilin untuk dia teruskan perjuangan di Uitm Segamat..aku harap, dia boleh lebih membanggakan mak n ayah dengan dapat ANC..wish u all the best faiz..untuk ain n kak cik yang x dapat datang majlis konvo aku sebab ada exam, korang belajar pandai2 ok..nanti ada rezeki, pergi konvo abang pula ea..insyaAllah, one day korang sendiri akan konvo..untuk si kecik, kak ya n aniq, thanks datang memeriahkan majlis..hahaha..

~ My Beloved Family ~

3rd, thanks a lot to my beloved KP (Koordinator Program) , our bonda tercinta Puan Noor Azrin Bt Zainudin.. Rasa sebak hati ni bila puan azrin sudi datang majlis konvo ktorg.. N rasa bertuah sangat sebab dapat bergambar dengan puan..3 tahun dengan puan, macam2 ragam ktorg puan kena selesaikan tapi puan tak pernah mengeluh..mula-mula memang rasa seram sejuk nak masuk bilik puan azrin sebab tengok gaya macam garang je..tapi once dah kenal puan azrin, seriously u are the best lecturer we ever had.. Thanks for everythings puan..saya takkan lupa jasa baik puan selama berada di Uitm Segamat..

~ Lovely Bonda ~

4th, thanks to my bestprengggg...Ameerah Zakiah..u all can find her fb, Miya Ameera .. Sahabat dunia, akhirat, susah, senang.. Love u so much myra.. 3 tahun bersama di Uitm Segamat, rasa macam kejap tapi terlalu banyak kenangan pahit manis kita bersama.. Classmate from part 1 until part 6.. Aku dah anggap kau more than a friend myra.. Kau lah sahabat, kau lah teman, kau lah kakak.. 3 tahun, kita menangis sama2, ketawa sama2, buat kerja gila sama2, mengumpat sama2, bergosip sama2, makan sama2, hang out sama2.. semua benda kita buat sama2.. rindu saat2 tu semua..walaupun masing2 dah kerja n kita dah jauh, hati kita tetap dekat ok..keep in touch..we can still gosiping kat whatsapp..hahaha.. dalam kenangan kita bersama, 1 perkara paling penting yang menjadi penyeri persahabatan kita adalah, our beloved sister..adik bongsu kita, syazana sabri..love u both so much..

~ Red - Her favourite color ~

5th, thanks to him..thanks sebab sudi datang bagi support kat orang..thanks for the flowers..thanks for being baby sitter to my sis n thanks for being my photographer..hahaha..thanks for everything :)

~ Sayang awak ~

Lastly, thanks n congratez to all my friends yang convo sekali semalam..jom tengok gambar..

















Saturday, February 16, 2013

Cameron Highlands

Assalamualaikum semua...lama dah blog aku ni menyepi kan? maklumlah tak berkesempatan nak update..baru-baru ni aku pergi bercuti setelah sekian lama tak bercuti..almost setahun juga ktorg tak bercuti..so,this year walaupun planning agak rushing & agak last minit..aku pun tak sempat nak kemas-kemas buat preparation..main tarik je mana-mana baju yang aku rasa ok..hahaha..so, mengikut majoriti, undian memihak kepada Cameron Highlands..di sebabkan sekarang musim hujan, kat atas tu pun hujan juga & suhu dengan serta merta menjadi sangat sejuk..menggigil mak cik!! hahaha..


*di pagi hari : start our journey with bismillah*


*akibat jalan jem,sampai tanah rata lambat n kebulur..makan dulu~*


*dua budak kecik banyak kerenah*


*kami the movie*


*left : our beloved mak & ayah..right : anak2 dara mak*


*tumpang posing kat kdai bunga*


*acah2 tauke ladang teh*


*mama & mummy..hahaha*


* Bird's Nest Hotel *

*we are driver..hehe..*


*di puncak Cameron Highlands*


*Askar En Mohd Amaluddin & Pn Rusnani*


Mula-mula nak stay 2 malam kat atas tapi di sebabkan hujan n aniq plak tak berapa sihat, kesian plak dia kesejukan kat atas tu kan..so,ktorg turun la n lepak kat Nogori plak..


*melepak di Port Dickson*


*melepak kat Pengkalan Balak, Melaka*


*erkkk..no komen..haha..*

ok,dah habis kisah cuti aku..walaupun agak rushing2,tapi ok la..cuma souvenir jela aku x sempat beli banyak..ada la sikit2 yang aku mampu bawa balik sini..InsyaAllah nanti aku akan mendaki Cameron Highlands lagi buat kali ke3..hehehe.. ^_^




Thursday, January 17, 2013

Ceritera Lembaga

Hai....Assalamualaikum..hari ni dengan badan yang penat,letih & mata yang hanya mampu terbuka separuh je ni, aku gagahkan diri update blog..kalau ikutkan penat je, memang berhabuk la jawapnya blog aku ni..So, disebabkan kemalasan untuk menaip mencapai tahap 99.99% so,aku guna 0.01% kerajinan aku yang tinggal ni untuk upload gambar aktiviti-aktiviti sepanjang hampir 3 bulan bersama ahli lembaga..


*cik linda try amik gambar guna application baru*


*kerja-kerja meng'key-in' borang BR1M*


*ada orang curi-curi amik gambar aku*


*last picture yang dapat di snap pastu, memory card corrupted..haha..*


*geng red & pink..GO MU..haha*


*malam hasil-konon2 macam dinner ar*

Banyak sangat kenangan & memori kat lembaga ni walaupun baru nak masuk 3 bulan..lagi2 kalau ada kak yan,budin n abang din..memang jadi aje..macam2 cite, macam2 tips kuar..hahahaha..memang terbaik la diorang ni semua..

Ok,next aku nak cite pasal bestfriend aku kat sini..mula2 si cantik Rosasmidar Dewi..sila panggil dewi sebab kalau korang panggil rosasmidar, kemungkinan besar lidah korang akan terbelit..kan parah jadinya tu..haha..ok,yang ni sememangnya adalah fakta..walaupun pelik tapi benar..kenapa??sebab si cantik ni tak boleh berpisah dengan cermin..di mana ada dewi,di situ ada cermin..di mana ada cermin, di situ juga lah ada dewi..hahaha..sampaikan jam tak berfungsi sebagai jam tapi jadi cermin..haaaa,nak lagi dasyat??cuba tengok dalam handbag dia..tengok cermin apa dia bawa..hahahaha..sorry dewi.. ^_^


*si cantik-Ratu Cermin*

Ok,next si krempeng Nurkhair Mafazi..yang ni keje dia memang tak lain dan tak bukan adalah cari gaduh..hari-hari ada je benda nak gaduh dengan aku..rasa nak lempang2 je dia ni..ok,first about him..dari pagi pukul 8 sampai balik pukul 5, keje dia cuma 3 je.. MTB(Makan,Tidur,Berak).. hahahaha.. teruk nya la..anak ea sopo iki?? kalau bab tidur, serah jela pada dia..ada sapa berani nak lawan tidur paling lama dengan dia??memang korang kalah ar..hahaha..tapi sebenarnya kalau tak da orang-orang macam dia ni, tak best pula kan..tak ada benda nak bahan..hahaha..cuba tanya dia,apa cita2 dia sekarang ni??Fellina beb!! hahaha..pelik-pelik kan bestfriend aku??yang pelik tu la yang aku suka tentang diorang berdua ni..sorry ye korang..TEEERRRRRR update pasal korang plak hari ni..peace!! ^_^


*special picture-Raja Tidur*

Tuesday, January 15, 2013

Cuti Rehat (CR)

Assalamualaikum..holla..holla..wah,terasa kangen banget sama ini blog..soalnya udah lama enggak update nih..siangnya sibuk banget kerja..malamnya udah capek,langsung tidur..hahaha..

Kali ni saje nk update pasal semalam..Setelah hampir 3 bulan aku kerja, ni for the first time apply cuti..atas alasan??Kononnya sebab utama adalah kerana nak kembali ke Uitm Segamat tercinta untuk buat clearance. So, aku dah call KP, dia free hri isnin 14/01/2013..aku pun apply la cuti..nasib baik urusan apply cuti smooth je.. Alhamdulillah..

Macam biasa, mustahil la aku akan pergi buat clearance sorang2 kan..Of course my dear sis ada sekali.. So, hari sabtu lepas, Myra datang rumah aku..Stay rumah aku dulu before pergi Uitm..Wahhh,rindu gila bapak ar..puas juga kitorang gosiping2 sampai tidur lambat..hahaha..Ok,enough mengarut!!

Isnin tu kitorang sampai Uitm Segamat around 10 am..Sampai je terus pergi HEA..isi borang clearance..pastu kena minta autograph ok..macam pergi konsert minta autograph artis..mula2 kitorang terus jumpa our beloved Koordinator Program, Pn Noor Azrin Bt Zainudin..minta tandatangan KP then,borak2 kacau KP nak buat kerja..Then, terus gerak ke Pejabat Kokurikulum,minta tandatangan juga..ada 6 ruang untuk tandatangan..mula-mula KP, Kokurikulum, Pengurus Asrama, Bendahari, Library n last sekali HEA..memang hari tu adalah hari untuk mengumpul tandatangan..tapi kejap je..tak sampai sejam dah siap..

Ok, settle about clearance..Then, ada masa untuk berfoya2 menghabiskan sisa cuti yang ada sebaik mungkin..hahaha..Next destination, One Segamat!!! Tengok wayang ar,apa lagi kan..Cite The Tower(Korean)..Best woo..Before ni aku tengok cite korea semua cintan cintun je, Full House, Secret Garden..haaa,kali ni cite aksi..memang korang patut tengok..aku bagi 4 stars la..

*Di sebabkan kami hanya berdua, so terpaksa menggunakan bantuan cermin untuk amik gmbr*

*gambar curi di snap oleh our new fotografer,cik myra*

*The Tower-rugi tak tengok*

Then, setelah selesai tengok wayang, aku beli barang sikit kat billion pastu, aku heret myra balik muar semula..aku x bagi dia naik bas dari Segamat..haha..sorry myra..Lepas kitorang makan2, aku terus hantar myra ke bus stand..Ngam2 sampai ada bas ke JB..pukul 7..aku pun kembali la ke rumahku syurgaku..Berakhirlah Cuti Rehatku yang pertama..huhu..

Akibat bercuti sakan, hamikkk kauuu...kerja yang aku tinggalkan pun menimbun..haha..

*cuba teka berapa banyak doket harus di key in?haha*

p/s : sangat senang hati menjadi salah seorang ahli lembaga (LHDN).. ^_^

Sunday, October 7, 2012

Yakin Cintamu Ku Dapat

sumber : google

Langkah kakiku semakin sesat
Saat dirimu hakimi hatiku
Namun ku cuba selalu mengalah
Ku lakukan demi cinta

Aku menunggu dan terus berharap
Dan aku bertahan hingga datang gelap
Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
Yakin cintamu ku dapat

Meski kau selalu menyakiti aku
Ku cuba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan dan aku percaya
Suatu saat nanti kau akan mengerti
Bahwa cintaku ini takkan mati

Meski kau selalu menyakiti aku
Ku cuba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan.......
Bahwa cintaku ini takkan mati.

*Kangen Band - Yakin Cintamu Ku Dapat Lyrics

p/s : love this song cuz' of the lyrics  


Thursday, October 4, 2012

Marah

sumber : google

Apa perasaan anda jika anda di marahi, di herdik, di hina?? Si pemarah tidak akan sama sekali rasa apa sebenarnya yang dirasai oleh mangsa. Aku belek-belek semula blog lama aku, aku jumpa cerita ni. Saja nak share balik. Cerita ni ustaz aku time kat sekolah dulu yang cerita.

Ada pasangan suami isteri yang sering bergaduh. Si suami selalu naik berang terhadap si isteri tetapi si isteri hanya berdiam diri tanpa melawan sedikit pun. Selepas bertenang dan marahnya telah hilang, si suami kasihan melihat si isteri selalu menjadi tempatnya melepaskan marah. Si suami mengambil inisiatif dengan berjumpa seorang ilmuan untuk mengubah sikapnya yang suka menyalahkan dan memarahi isterinya. Ilmuan tersebut menyuruhnya membeli 40 batang paku. Apabila rasa ingin marah, ketuk satu paku itu ke dinding. Si suami mempraktikkannya setiap hari. Apabila sampai paku yang ke 37, si suami datang berjumpa dengan ilmuan tersebut untuk mengucapkan terima kasih kerana sifat barannya telah hilang. Ilmuan tersebut hanya tersenyum dan menyuruh si suami mencabut kembali semua paku yang telah diketuk ke dinding dan memberikan kepadanya. Si suami menurut semua yang diperkatakan ilmuan tersebut. Ilmuan itu bertanya kepada si suami "Adakah kamu nampak apa-apa kesan pada bekas paku yang kamu ketuk walaupun telah dicabut kembali??" Si suami hanya menganggukkan kepala..

 Kesimpulannya, apabila kita memarahi seseorang, menyakitkan hati seseorang, ataupun membuatnya terguris, kesan dan lukanya masih terpahat di dalam hati walaupun kita tidak lagi mengulangi perbuatan itu.

"Orang beriman selalu menjaga perasaan orang lain. Tegurannya pun ada caranya. Segala perbuatannya dimulakan dengan berkata kepada diri sendiri : Kalau orang lain buat begini kepadaku, aku pasti akan terasa dan marah. Jadi, jika aku buat begitu padanya, maka sudah tentu dia juga akan terasa dan marah" - News Media Network

Monday, October 1, 2012

Tips Kurus

Hai...Assalamualaikum..entry kali ni aku nak share sikit macam mana proses2 aku menurunkan berat badan..tak ada la kurus mana pun sebenarnya tapi daripada berat aku dulu 56kg sekarang dah 49kg..lebih kurang 7kg juga la turun..aku bukan nak riak,bangga diri segala..takde niat langsung..aku share ni sebab hari tu balik Segamat ramai member2 tanya macam mana boleh kurus..panjang nak story morry so, jawapan simple aku bg "tension praktikal"...huhu..ok,now aku tergerak nak share so,kalau dapat bantu korang, alhamdulillah tapi kalau tak dapat membantu tu, sorry la ok..aku pun sebenarnya tak ada niat pun nak kurus sebab dah fed up..macam2 produk aku pernah guna,macam2 cara aku pernah guna tapi tak pernah berhasil..berat badan ni turun tanpa aku sedari..bila fikir2 balik apa yang aku buat sampai berat badan ni turun, dapat la aku kumpul serba sikit tips..sila la baca kalau sudi..

sumber : google

1. Jangan makan makanan berat after 5pm
- Start praktikal sampai habis praktikal ni, aku jarang makan malam. Kalau makan malam pun, time weekends, family ajak makan luar. Habis kerja dah pukul 5. Biasanya sebelum balik rumah, aku akan singgah minum petang dulu. Kadang2 aku pekena roti nan so, memang cukup la untuk alas perut sampai malam. Sampai rumah dah pukul 6 lebih. Mandi, siap2 nak maghrib. Lepas maghrib tengok tv dengan family sementara tunggu isyak.. Lepas isyak memang biasanya aku dah sampai London la. Zzzzzzz.....

sumber : google

2. Cukup tidur
- Waktu tidur aku time praktikal memang tak pernah kurang. Siang dah penat kat ofis. Malam memang aku tidur awal. Biasanya lepas isyak aku dah tidur. Paling lambat pun pukul 11 dah tidur. Esok pagi pukul 6 dah bangun. Tidur awal, bangun awal. Tu paling bagus. Kalau boleh, waktu tidur tu consistent. Maksudnya, setiap hari, waktu tidur and waktu bangun tu sama. Waktu tidur yang paling baik adalah dari jam 10pm hingga 4am.

"Kurang tidur adalah salah satu faktor selera makan meningkat. - Keratan akhbar Metro"

sumber : google

3. Exercise
- Kebanyakkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu malas untuk bersenam. Memang malas kalau nak peruntukkan masa nak bersenam hari2 kan so, langkah mudah bersenam kat ofis. Jangan duduk setempat je kat meja especially lepas makan. Kalau boleh, lepas makan jangan duduk. Exercise sikit. Contohnya, macam aku sendiri, Aku akan bosan kalau duduk je kat meja aku so, kerja aku adalah berjalan2. Aku akan naik turun tangga. Kejap gi atas, jap dok bawah, jap gi depan. Memang dalam masa sehari tu, aku tak pernah duduk je kat meja aku. Huhu. Dan di tambah pula dengan latihan perbarisan sempena Merdeka 2012. Since puasa sampai merdeka memang ketua kontinjen peruntukkan lebih kurang sejam ktorg akan practise kawad. Everyday!!

sumber : google

4. Kurangkan fast food
- Dulu time study memang memanjang fast food je. Kalau tak MCD, KFC, Pizza Hut, Secret Recipe, Marry Brown. Memang semua fast food restaurant muka ktorg je setiap minggu. Siapa yang pernah duduk Segamat akan mengalami situasi yang sama sebab memang susah nak cari kedai makan kat bandar Segamat tu. So, after habis study, memang aku tinggal semua fast food tu. Sepanjang 3 bulan praktikal tu, cuma 4 kali je aku makan fast food. 2 kali kat KFC. Sekali Pizza Hut n sekali Secret Recipe. So, aku rasa ni pun salah satu faktor berat badan aku senang nak turun.

sumber : google

5. Breakfirst itu penting!!
- Dulu aku tak pernah breakfirst. Memang pelik la kalau aku breakfirst. Memang style semua student tak breakfirst kan. Korang pun sama kan?? haha.. Tapi, since praktikal, dak2 ofis selalu ajak breakfirst, aku pun dah terbiasa breakfirst. Biasanya, ktorang akan breakfirst makanan berat. Contohnya, lontong kering kat Taman Mega Ria. Sedap!! huhu.. so, bila breakfirst makanan berat, ktorg lunch makanan ringan plak. Contohnya, pisang goreng sebelah Pejabat Pos Tangkak.. Pun Sedap!! huhu.. tapi, kadang2 kalau breakfirst ringan2 cam roti canai ke, time lunch ktorang makan nasi la. Nasi campur kat Kg Solok.. Aku suka sambal tempe dia. Sedap!! Yang penting, kena breakfirst. WAJIB!!

"Pembakaran kalori akan menjadi lambat jika beraktiviti dengan perut kosong - 4 sebab sarapan penting"

sumber : google

6. Minum air kosong
- Kalau boleh, korang banyakkan minum air kosong. Bukan kata tak boleh minum air manis langsung. Boleh tapi kena la cover balik dengan air kosong. Air kosong ni boleh buang semua sisa-sisa toksin dalam badan kita. Mesti semua orang tahu badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 5 gelas air sehari . Aku memang akan bawa bekal botol 1 litre air setiap hari pergi ofis and aku akan make sure air tu habis before balik. Lebih-lebih lagi kerja dalam air cond. Aku akan rasa kering and cepat haus. So, minum la air banyak2 ye. Tapi, aku pernah terbaca 1 artikel tapi tak ingat sumbernya.

"Lebih baik minum air dalam kadar maksimum pada waktu siang & minumum pada waktu malam"

7. Cari someone untuk bantu
- Ok, yang ni aku tak nafikan adalah salah satu faktor aku jaga pemakanan. Aku ada sorang kawan yang memang kurang kerja n kerja dia mengutuk aku je. Tapi, yang bagusnya dia akan selalu ingatkan aku untuk jaga pemakanan. Contohnya, kalau nampak aku beli coklat, dia akan kata "Mana tak gemuk kalau asyik makan coklat je". Then, kalau keluar makan dengan dia, dia akan cakap kat mak cik tu "Nasi dia bagi separuh je mak cik". Tak pun, "Mee dia bagi separuh je bang". Haaaa, mula2 tu sakit hati juga kan. Kita nak makan, dia plak yang control tapi, lama2 dah jadi biasa and sekarang, aku memang tak boleh makan banyak. Dah terbiasa dengan sukatan separuh. Mula-mula aku tak perasan berat badan aku turun tapi, dia yang perasan. Dia yang tegur and suruh aku timbang. Memang terkejut la masa mula2 timbang tu tapi bersyukur sangat2. Thanks to him ^_^ Now, dia cabar aku turunkan berat badan aku sampai 45kg. Boleh ke??haha...tengok la nanti..

Siapa yang tak nak kurus kan. Semua orang nak cuma mungkin belum jumpa cara yang betul. Memang happy bila kita dapat capai berat badan yang kita idamkan. Semua baju boleh pakai. Senang nak berfesyen walaupun aku ni tak ada lah fesyen mana pun. Apa yang penting, bila kita kurus, senang nak bergerak dan rasa ringan je. Best!! Kepada kawan2 kat luar sana, selamat mencuba untuk turunkan berat badan tapi, make sure jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Jangan sebab nak kurus, korang masuk hospital plak. And kepada kawan2 yang nak cuba2 amik produk pelangsingan badan tu, hati2 lah. Kadang2 ada produk yang akan bawa kesan sampingan. Marilah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. ^_^