Wednesday, September 26, 2012

Internship Presentation

part of my system interface.

 muka penat + kurang tido!!!
 muka lega dah habis present.. ^_^
muka bosan menunggu giliran + kebuluran
kawan baru, ika from uitm pahang.. ^_^

Fuh...dah tengok gambar kat atas ni??macam2 rasa  ada kan..just wanna share my feel bila dah habis present..memang lega yang teramat sangat weyh..macam rasa baru keluar daripada sangkar. Bebas,bebas,bebas...I'm free!! haha...over excited aku ni..memang over pun,tak sempat balik rumah..dalam lab ni juga aku update blog..haha..terasa berbaloi segala penat lelah, tak tidur berhari-hari semuanya berbalas. Alhamdulillah,syukur yang teramat sangat.

However,excited2 pun report tetap kena enhance semula la..ada salah grammar la,salah font..mak aii,nampak benor wat kerja last minute..haaa,ni la padahnya..tapi xpe,yang penting present dah settle..terasa ringan dah bahu ni..so,lepas ni time to renovate aku punya report tu..haha. dah macam renovate rumah kan..yela,report ni kan rumah kepada projek ni so, kena la cantik, comel and sejuk mata memandang..hehe..dalam masa seminggu kena send balik report yang betul tu kepada Puan Yusnita Binti Sokman..kepada yang tengah tunggu giliran lagi tu, good luck guys.. ^_^

Monday, September 24, 2012

Wanita dan Air Mata


 Air mata dan wanita seperti tidak dapat dipisahkan. Malah, ada yang menganggap bahawa air mata adalah senjata wanita. Ketahuilah wahai wanita sekalian, sesungguhnya Allah telah mencipta kaum hawa sebagai seorang yang istimewa sehingga air mata kita juga ada keistimewaannya. Mungkin ada sesetengah lelaki beranggapan bahawa wanita yang sering menangis adalah wanita yang lemah. Ketahuilah wahai adam, sesungguhnya Allah jadikan kami, kaum hawa seperti tulang rusuk. Jika kamu berusaha untuk meluruskannya, maka kamu akan mematahkannya. Maka, jagalah wanita dengan baik.

"Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingat peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki.Tanpa pelita, maka bermalamlah dalam kegelapan"


Mengapa wanita sering menangis??

1. Kerana wanita itu unik dan dicipta sebagai makhluk yang istimewa.
2. Allah kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
3. Allah lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.
4. Allah kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
5. Allah teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah.
6. Allah kurniakan naluri untuk mencintai anak-anak walau dalam apa jua keadaan.
7. Allah kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang dia sayangi.

"Wanita makhluk kuat, tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Allah kurniakan air matanya untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru untuknya"