Wednesday, July 4, 2012

Praktikal Lagi

Assalamualaikum pembaca2 blog ku..ahaks,cam ramai je kan..fuh,fuh,fuh...berhabuk2 dah blog kesayangan ku ni..almaklumlah, orang dah jadi wanita bekerjaya sekarang..haha..minggu ni dah masuk minggu ke empat aku menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Pejabat Tanah Daerah Ledang..macam2 aku dah belajar kat sana..kalau first week dulu aku banyak membuang masa dengan termenung,main game,duduk tengok orang keluar masuk,sekarang dah tak sempat dah nak menjalankan aktiviti2 seperti tu lagi..

1) Paling penting adalah projek
- Yep,aku dah diberi task untuk final projek aku. Aku kena buat e-filing. Kat sini,system dah pun diguna pakai untuk bayar cukai,pendaftaran dan sebagainya tapi, aktiviti menyimpan dan meminjam fail masih dijalankan secara manual. So, my job adalah mencipta satu system di mana bila fail-fail tu nak di simpan, user kena key in dulu detail2 fail tu. Then,baru boleh simpan. Apabila mana2 staff nak pinjam fail tu, diorang kena isi detail diorang dalam system tu so,apabila orang lain nak cari fail tu, system ni boleh trace di mana kedudukan fail tu pada masa tu. Means, kalau fail tu tak ada kat rak dalam tu, dia ada pada tangan orang lain yang akan dipaparkan namanya bersebelahan dengan nama fail tu..haaaa,faham tak??senang je sebenarnya kerja tu tapi dah 3 minggu dapat task,aku baru start design je sikit2...haha

2)Kerja sampingan selain projek
- Haaaa,ni yang buat aku busy yang teramat sangat sampai berhabuk blog ni..haha..dulu,aku menyibukkan diri pasal Reka Cipta Bendera Daerah Ledang..sampai ke bilik meeting aku di heret..haha..n sekarang plak,aku kena handle pasal merdeka..aku kena buat report,buat slide untuk meeting,buat invitation letter untuk jemput orang kampung,dak tabika,sekolah2 menengah n ada la banyak lagi..tapi actually,semua tu tinggal edit2 je..dah ada sample dah..haha..cite kena gempak kan..tapi,honestly lagi busy aku kat sini,lagi aku suka..aku suka membusykan diri aku..aku tak suka duduk termenung takda kerja..nanti aku akan mati kutu,kebosanan..so,bila banyak kerja cam ni,sampai bawa balik rumah you..haha..best,aku tak rasa cam praktikal..aku rasa cam aku betul2 dah kerja..dapat rasa situasi dan keadaan bekerja yang sebenar..^_^

3)Abang2 n akak2 Pejabat Tanah Ledang
- Haaa,dah masuk minggu ke-4 ni aku dah ada geng...nama dia "Geng Lunch"..haha..sebabnya,tiap kali lunch,mesti ktorg lunch sama2 cuma kadang2 tu adala sorang dua yang busy,kerja luar so,x dapat join..punya la best layan geng ni,ktorg makan ikut suka hati je..kerja kat tangkak tapi makan kat jasin,muar,bukit kangkar,bukit gambir..haha..meh sini aku kenalkan sorang2 geng aku ni...first,si kakak comel,kak mastura atau lebih manja dipanggil kak mas..22 tahun,tapi dah berpunya..sorry,unavailable..kedua,si mak yong...kak nora,yang hari2 mengidam..maklumlah,ibu mengandung..yang paling best,due date dia 28 ogos..pastikan anak akak keluar 27 ogos ya..sama macam aunty ana..haha..then,dua ketul jejaka..abang azeli n abang arduzil..ni la geng aku kat sini..
-Yang kedua,geng gaduh..hari2 cari pasal dengan aku..kalau sehari tak gaduh,tak sah..dia ni gila..suka kenakan aku pastu,gelakkan aku gila2..sakit hati juga kadang2 layan dia ni..layan gila dia,dengan aku sekali berjangkit jadi gila..tapi,tu la yang menghilangkan tension buat kerja..tu la yang meriuhkan ofis tu..haaa,cite punye cite,sape orang tu ek?? nama dia adalah Kamarul Ariffin atau lebih dikenali dengan nama Wak A...
-Ketiga, En Din..tapi aku ada dengar2 nama glamour dia "boy"..wah,kelas gitu..huhu..En Din ni supervisor aku..dia la yang bagi aku kerja..mana2 yang salah,dia betulkan...banyak sangat knowledge yang aku dapat dari dia..haaa,cite pasal En Din,hari ni dia belanja lunch..thanx En Din.. :)
-Ke empat, abang saleh n abang mirul..haaa,dua orang mamat ni adalah mamat paling mengong kat Pejabat Tanah tu..kalau jumpa aku,ada je benda yang diorang nak kenakan aku..sampai ada tercetus sikit salah faham la..tapi,sekarang semuanya dah ok..aku tak kisah dah diorang nak cakap apa pun sebab diorang ni la yang buat aku tak kering gusi kat Pejabat Tanah ni..haaa,abang saleh ni pun 1 hal juga..sehari tak cari pasal dengan aku tak sah..dia ni suka kacau aku time aku tengah busy wat kerja..kadang2,rasa nak cucuk je mata dia dengan pensil..haha..
-Yang lain2, bahagian pentadbiran, kak tasha (jiran sebelah), kak lia (jiran sebelah kanan), cc jazmy, pok teh, kak anis, kak anum, kak huda,kak ayu, kak pah, kak enon, kak badar, kak zai, abang nazri.
bahagisan hasil, kak ida, kak ina, kak june, abang arib.
bahagian petempatan, en atan, abang shah, abang imran, abang lukman, abang kamal, cik tom..
bahagian it, kak dalila, kak zura, kak diha(PA bos), kak fran(undang-undang)..
bahagian kuatkuasa, en rosli, abang apis a.k.a abang specky, abang nizam..
bahagian2 lain n yang aku tak tahu dia bahagian mana, abang man, abang lan, abang yusof kusnan, abang wan, abang zarip, abang azram, abang zul, abang joe..
rasanya dah sebut semua tapi kalau2 ada yang tercicir,yang namanya tidak disebut,harap maaf ye..


p/s : happy kerja kat sini...^_^

Monday, June 11, 2012

My 1st Day of Industrial Training

[copyright from google]

Hoorey~ Hoorey~ today was my first day of industrial training and i really2 love it. Aku praktikal kat Pejabat Tanah Ledang. About 20 minutes la dari rumah aku. Aku sampai tadi around pukul 7.40 cam tu la. Excited kan, gila awal. Di sebabkan terlalu awal, supervisor aku En Fakhrudin tak sampai lagi. So,aku duduk la borak2 dengan abang yang dok kat kaunter pertanyaan tu. Aku perkenalkan la diri semua. Tu pun sebab dia tanya, kalau tak memang aku senyap je. Seriusly, macam2 aku rasa pagi td segan+nervous+takut, semua cukup. Tangan yang memang dah sedia menggigil ni, habis parkinson jadinya..nasib baik bangunan pejabat tanah tu kuat..kalau tak, boleh roboh di buatnya..haha.. *merepek sikit,nak menggambarkan macam mana nervousnya aku pgi td kn.

Then,after En Fakhruddin sampai, aku pn punch card(1st time belajar punch card2 ni). En Fakhruddin pun terangkan la dasar2 pengurusan dan pentadbiran and serba sedikit tentang selok belok dalam Pejabat Tanah Ledang ni. Lebih kurang dalam setengah jam je En Fakhruddin briefing then, aku di serahkan kepada En Jazmy. En Jazmy tunjukkan aku meja aku semua then, aku pun dengan penuh setia menunggu bos datang untuk aku diperkenalkan kepada mereka. Haaa~ bos aku ada 3 orang. 1st yang aku jumpa En Sulaiman. 2nd, En Yusof. Lepas tu barulah En Nazri. Aku memang suka sangat environment and staff2 kat situ. So, tak silap la aku pilih Pejabat Tanah Ledang daripada yang lain2. Reason?

1) Bos2 dia tersangat amat la supporting lebih lagi En Yusof. 1st time aku jumpa En Yusof ni aku tak expect langsung dia bos sebab dia tak sombong langsung and dia yang tegur aku dulu. Terbaik la bos. 
2) Akak2 and abang2 officemate yang memang supporting habis. Aku tak terasa student praktikal pun. Baru 1st day dah rasa macam one of their family. Boleh gurau2 semua. Thanx akak2 and abang2 semua.
3) En Rashid a.k.a Pak Teh. Pak Teh ni meja sebelah aku and kebetulan sedara aku (adik ipar kepada mak long aku). And Pak Teh la yang banyak tunjuk ajar aku 1 hari ni.
4) Aku dapat elaun weyh. RM15/working day. Before ni Pejabat Tanah memang tak ada bagi elaun tapi sekarang kerajaan dah luluskan untuk bagi elaun pada student praktikal and aku adalah orang pertama yang terima elaun tu. Thanx government.
5) Meja aku sebelah pantry. Memang tempat diorang melepak semua. Memang x bosan la. Siap mnum2 dengan staff2 semua and bos sekali. Pagi tadi aku wat kopi'o and petang tadi aku wat teh'o. Ada yang kata air aku kurang manis. Erk,maaf la bang. Mak saya kata, kurangkan gula dalam minuman. Haha. And paling best, ada je yang sponsor makanan. Memang tak putus makanan atas meja tu.
6) Belakang meja aku adalah radio yang sentiasa putarkan siaran era fm. Kerja aku menyanyi jela dari pagi sampai petang. Huhu.
7) Pejabat ni bersebelahan dengan masjid so,senang la nak solat zohor time lunch hour tu kan.
8) Meja aku dekat dengan pintu belakang nak ke toilet,macam tau2 je aku ni penunggu setia toilet kan.haha.
9) Aircond atas kepala aku. Pagi tu memang beku la,dah macam kat kutub utara. Tapi sebelah petang best la, tak panas.
10) Kerja kat sini rotate. Aku start dengan bahagian pentadbiran dan kewangan. Then,akan proceed ke bahagian lain seperti Unit IT, bahagian hasil, dan bahagian lain dari semasa ke semasa. Means that, after aku habis praktikal ni, semua deparment aku merasa. Yang paling best, setiap department kat sini menggunakan system yang berbeza. Setiap department ada system diorang yang tersendiri. Wow, best2.

Untuk permulaan ni, aku di letakkan kat bahagian pentadbiran and sehari ni, tak banyak sangat la kerja aku. Pagi tadi kerja aku cuma photostate set apa pun aku tak tahu. Orang suruh photostate, aku photostate je. Huhu. Then, after lunch hour, aku mengedit 50 helai surat. Tu jela kerja aku sehari ni. Bos kata, hari ni awak suai kenal and biasakan diri dengan persekitaran dulu then, baru boleh start keje. So, masa yang terluang tu aku main game. Haha.

Semoga berjumpa lagi esok. Pagi buat report kat buku log,malam buat report kat blog. haha.. ^_^