sumber : google
Ada pasangan suami isteri yang sering bergaduh. Si suami selalu naik berang terhadap si isteri tetapi si isteri hanya berdiam diri tanpa melawan sedikit pun. Selepas bertenang dan marahnya telah hilang, si suami kasihan melihat si isteri selalu menjadi tempatnya melepaskan marah. Si suami mengambil inisiatif dengan berjumpa seorang ilmuan untuk mengubah sikapnya yang suka menyalahkan dan memarahi isterinya. Ilmuan tersebut menyuruhnya membeli 40 batang paku. Apabila rasa ingin marah, ketuk satu paku itu ke dinding. Si suami mempraktikkannya setiap hari. Apabila sampai paku yang ke 37, si suami datang berjumpa dengan ilmuan tersebut untuk mengucapkan terima kasih kerana sifat barannya telah hilang. Ilmuan tersebut hanya tersenyum dan menyuruh si suami mencabut kembali semua paku yang telah diketuk ke dinding dan memberikan kepadanya. Si suami menurut semua yang diperkatakan ilmuan tersebut. Ilmuan itu bertanya kepada si suami "Adakah kamu nampak apa-apa kesan pada bekas paku yang kamu ketuk walaupun telah dicabut kembali??" Si suami hanya menganggukkan kepala..
Kesimpulannya, apabila kita memarahi seseorang, menyakitkan hati seseorang, ataupun membuatnya terguris, kesan dan lukanya masih terpahat di dalam hati walaupun kita tidak lagi mengulangi perbuatan itu.
"Orang beriman selalu menjaga perasaan orang lain. Tegurannya pun ada caranya. Segala perbuatannya dimulakan dengan berkata kepada diri sendiri : Kalau orang lain buat begini kepadaku, aku pasti akan terasa dan marah. Jadi, jika aku buat begitu padanya, maka sudah tentu dia juga akan terasa dan marah" - News Media Network
No comments:
Post a Comment