Monday, October 1, 2012

Tips Kurus

Hai...Assalamualaikum..entry kali ni aku nak share sikit macam mana proses2 aku menurunkan berat badan..tak ada la kurus mana pun sebenarnya tapi daripada berat aku dulu 56kg sekarang dah 49kg..lebih kurang 7kg juga la turun..aku bukan nak riak,bangga diri segala..takde niat langsung..aku share ni sebab hari tu balik Segamat ramai member2 tanya macam mana boleh kurus..panjang nak story morry so, jawapan simple aku bg "tension praktikal"...huhu..ok,now aku tergerak nak share so,kalau dapat bantu korang, alhamdulillah tapi kalau tak dapat membantu tu, sorry la ok..aku pun sebenarnya tak ada niat pun nak kurus sebab dah fed up..macam2 produk aku pernah guna,macam2 cara aku pernah guna tapi tak pernah berhasil..berat badan ni turun tanpa aku sedari..bila fikir2 balik apa yang aku buat sampai berat badan ni turun, dapat la aku kumpul serba sikit tips..sila la baca kalau sudi..

sumber : google

1. Jangan makan makanan berat after 5pm
- Start praktikal sampai habis praktikal ni, aku jarang makan malam. Kalau makan malam pun, time weekends, family ajak makan luar. Habis kerja dah pukul 5. Biasanya sebelum balik rumah, aku akan singgah minum petang dulu. Kadang2 aku pekena roti nan so, memang cukup la untuk alas perut sampai malam. Sampai rumah dah pukul 6 lebih. Mandi, siap2 nak maghrib. Lepas maghrib tengok tv dengan family sementara tunggu isyak.. Lepas isyak memang biasanya aku dah sampai London la. Zzzzzzz.....

sumber : google

2. Cukup tidur
- Waktu tidur aku time praktikal memang tak pernah kurang. Siang dah penat kat ofis. Malam memang aku tidur awal. Biasanya lepas isyak aku dah tidur. Paling lambat pun pukul 11 dah tidur. Esok pagi pukul 6 dah bangun. Tidur awal, bangun awal. Tu paling bagus. Kalau boleh, waktu tidur tu consistent. Maksudnya, setiap hari, waktu tidur and waktu bangun tu sama. Waktu tidur yang paling baik adalah dari jam 10pm hingga 4am.

"Kurang tidur adalah salah satu faktor selera makan meningkat. - Keratan akhbar Metro"

sumber : google

3. Exercise
- Kebanyakkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu malas untuk bersenam. Memang malas kalau nak peruntukkan masa nak bersenam hari2 kan so, langkah mudah bersenam kat ofis. Jangan duduk setempat je kat meja especially lepas makan. Kalau boleh, lepas makan jangan duduk. Exercise sikit. Contohnya, macam aku sendiri, Aku akan bosan kalau duduk je kat meja aku so, kerja aku adalah berjalan2. Aku akan naik turun tangga. Kejap gi atas, jap dok bawah, jap gi depan. Memang dalam masa sehari tu, aku tak pernah duduk je kat meja aku. Huhu. Dan di tambah pula dengan latihan perbarisan sempena Merdeka 2012. Since puasa sampai merdeka memang ketua kontinjen peruntukkan lebih kurang sejam ktorg akan practise kawad. Everyday!!

sumber : google

4. Kurangkan fast food
- Dulu time study memang memanjang fast food je. Kalau tak MCD, KFC, Pizza Hut, Secret Recipe, Marry Brown. Memang semua fast food restaurant muka ktorg je setiap minggu. Siapa yang pernah duduk Segamat akan mengalami situasi yang sama sebab memang susah nak cari kedai makan kat bandar Segamat tu. So, after habis study, memang aku tinggal semua fast food tu. Sepanjang 3 bulan praktikal tu, cuma 4 kali je aku makan fast food. 2 kali kat KFC. Sekali Pizza Hut n sekali Secret Recipe. So, aku rasa ni pun salah satu faktor berat badan aku senang nak turun.

sumber : google

5. Breakfirst itu penting!!
- Dulu aku tak pernah breakfirst. Memang pelik la kalau aku breakfirst. Memang style semua student tak breakfirst kan. Korang pun sama kan?? haha.. Tapi, since praktikal, dak2 ofis selalu ajak breakfirst, aku pun dah terbiasa breakfirst. Biasanya, ktorang akan breakfirst makanan berat. Contohnya, lontong kering kat Taman Mega Ria. Sedap!! huhu.. so, bila breakfirst makanan berat, ktorg lunch makanan ringan plak. Contohnya, pisang goreng sebelah Pejabat Pos Tangkak.. Pun Sedap!! huhu.. tapi, kadang2 kalau breakfirst ringan2 cam roti canai ke, time lunch ktorang makan nasi la. Nasi campur kat Kg Solok.. Aku suka sambal tempe dia. Sedap!! Yang penting, kena breakfirst. WAJIB!!

"Pembakaran kalori akan menjadi lambat jika beraktiviti dengan perut kosong - 4 sebab sarapan penting"

sumber : google

6. Minum air kosong
- Kalau boleh, korang banyakkan minum air kosong. Bukan kata tak boleh minum air manis langsung. Boleh tapi kena la cover balik dengan air kosong. Air kosong ni boleh buang semua sisa-sisa toksin dalam badan kita. Mesti semua orang tahu badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 5 gelas air sehari . Aku memang akan bawa bekal botol 1 litre air setiap hari pergi ofis and aku akan make sure air tu habis before balik. Lebih-lebih lagi kerja dalam air cond. Aku akan rasa kering and cepat haus. So, minum la air banyak2 ye. Tapi, aku pernah terbaca 1 artikel tapi tak ingat sumbernya.

"Lebih baik minum air dalam kadar maksimum pada waktu siang & minumum pada waktu malam"

7. Cari someone untuk bantu
- Ok, yang ni aku tak nafikan adalah salah satu faktor aku jaga pemakanan. Aku ada sorang kawan yang memang kurang kerja n kerja dia mengutuk aku je. Tapi, yang bagusnya dia akan selalu ingatkan aku untuk jaga pemakanan. Contohnya, kalau nampak aku beli coklat, dia akan kata "Mana tak gemuk kalau asyik makan coklat je". Then, kalau keluar makan dengan dia, dia akan cakap kat mak cik tu "Nasi dia bagi separuh je mak cik". Tak pun, "Mee dia bagi separuh je bang". Haaaa, mula2 tu sakit hati juga kan. Kita nak makan, dia plak yang control tapi, lama2 dah jadi biasa and sekarang, aku memang tak boleh makan banyak. Dah terbiasa dengan sukatan separuh. Mula-mula aku tak perasan berat badan aku turun tapi, dia yang perasan. Dia yang tegur and suruh aku timbang. Memang terkejut la masa mula2 timbang tu tapi bersyukur sangat2. Thanks to him ^_^ Now, dia cabar aku turunkan berat badan aku sampai 45kg. Boleh ke??haha...tengok la nanti..

Siapa yang tak nak kurus kan. Semua orang nak cuma mungkin belum jumpa cara yang betul. Memang happy bila kita dapat capai berat badan yang kita idamkan. Semua baju boleh pakai. Senang nak berfesyen walaupun aku ni tak ada lah fesyen mana pun. Apa yang penting, bila kita kurus, senang nak bergerak dan rasa ringan je. Best!! Kepada kawan2 kat luar sana, selamat mencuba untuk turunkan berat badan tapi, make sure jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Jangan sebab nak kurus, korang masuk hospital plak. And kepada kawan2 yang nak cuba2 amik produk pelangsingan badan tu, hati2 lah. Kadang2 ada produk yang akan bawa kesan sampingan. Marilah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. ^_^

2 comments:

  1. Hehe. Tips kurus la pulak. Ada satu tips ko tertinggal~

    8. Sentiasa mintak nasi kurang dan jgn lupa allocate nasi dalam pinggan sendiri untuk bagi kat kawan. Hehehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...aiseh,malu aku..jgn bikin kantoi la omar..haha..

      Delete