Monday, June 11, 2012

My 1st Day of Industrial Training

[copyright from google]

Hoorey~ Hoorey~ today was my first day of industrial training and i really2 love it. Aku praktikal kat Pejabat Tanah Ledang. About 20 minutes la dari rumah aku. Aku sampai tadi around pukul 7.40 cam tu la. Excited kan, gila awal. Di sebabkan terlalu awal, supervisor aku En Fakhrudin tak sampai lagi. So,aku duduk la borak2 dengan abang yang dok kat kaunter pertanyaan tu. Aku perkenalkan la diri semua. Tu pun sebab dia tanya, kalau tak memang aku senyap je. Seriusly, macam2 aku rasa pagi td segan+nervous+takut, semua cukup. Tangan yang memang dah sedia menggigil ni, habis parkinson jadinya..nasib baik bangunan pejabat tanah tu kuat..kalau tak, boleh roboh di buatnya..haha.. *merepek sikit,nak menggambarkan macam mana nervousnya aku pgi td kn.

Then,after En Fakhruddin sampai, aku pn punch card(1st time belajar punch card2 ni). En Fakhruddin pun terangkan la dasar2 pengurusan dan pentadbiran and serba sedikit tentang selok belok dalam Pejabat Tanah Ledang ni. Lebih kurang dalam setengah jam je En Fakhruddin briefing then, aku di serahkan kepada En Jazmy. En Jazmy tunjukkan aku meja aku semua then, aku pun dengan penuh setia menunggu bos datang untuk aku diperkenalkan kepada mereka. Haaa~ bos aku ada 3 orang. 1st yang aku jumpa En Sulaiman. 2nd, En Yusof. Lepas tu barulah En Nazri. Aku memang suka sangat environment and staff2 kat situ. So, tak silap la aku pilih Pejabat Tanah Ledang daripada yang lain2. Reason?

1) Bos2 dia tersangat amat la supporting lebih lagi En Yusof. 1st time aku jumpa En Yusof ni aku tak expect langsung dia bos sebab dia tak sombong langsung and dia yang tegur aku dulu. Terbaik la bos. 
2) Akak2 and abang2 officemate yang memang supporting habis. Aku tak terasa student praktikal pun. Baru 1st day dah rasa macam one of their family. Boleh gurau2 semua. Thanx akak2 and abang2 semua.
3) En Rashid a.k.a Pak Teh. Pak Teh ni meja sebelah aku and kebetulan sedara aku (adik ipar kepada mak long aku). And Pak Teh la yang banyak tunjuk ajar aku 1 hari ni.
4) Aku dapat elaun weyh. RM15/working day. Before ni Pejabat Tanah memang tak ada bagi elaun tapi sekarang kerajaan dah luluskan untuk bagi elaun pada student praktikal and aku adalah orang pertama yang terima elaun tu. Thanx government.
5) Meja aku sebelah pantry. Memang tempat diorang melepak semua. Memang x bosan la. Siap mnum2 dengan staff2 semua and bos sekali. Pagi tadi aku wat kopi'o and petang tadi aku wat teh'o. Ada yang kata air aku kurang manis. Erk,maaf la bang. Mak saya kata, kurangkan gula dalam minuman. Haha. And paling best, ada je yang sponsor makanan. Memang tak putus makanan atas meja tu.
6) Belakang meja aku adalah radio yang sentiasa putarkan siaran era fm. Kerja aku menyanyi jela dari pagi sampai petang. Huhu.
7) Pejabat ni bersebelahan dengan masjid so,senang la nak solat zohor time lunch hour tu kan.
8) Meja aku dekat dengan pintu belakang nak ke toilet,macam tau2 je aku ni penunggu setia toilet kan.haha.
9) Aircond atas kepala aku. Pagi tu memang beku la,dah macam kat kutub utara. Tapi sebelah petang best la, tak panas.
10) Kerja kat sini rotate. Aku start dengan bahagian pentadbiran dan kewangan. Then,akan proceed ke bahagian lain seperti Unit IT, bahagian hasil, dan bahagian lain dari semasa ke semasa. Means that, after aku habis praktikal ni, semua deparment aku merasa. Yang paling best, setiap department kat sini menggunakan system yang berbeza. Setiap department ada system diorang yang tersendiri. Wow, best2.

Untuk permulaan ni, aku di letakkan kat bahagian pentadbiran and sehari ni, tak banyak sangat la kerja aku. Pagi tadi kerja aku cuma photostate set apa pun aku tak tahu. Orang suruh photostate, aku photostate je. Huhu. Then, after lunch hour, aku mengedit 50 helai surat. Tu jela kerja aku sehari ni. Bos kata, hari ni awak suai kenal and biasakan diri dengan persekitaran dulu then, baru boleh start keje. So, masa yang terluang tu aku main game. Haha.

Semoga berjumpa lagi esok. Pagi buat report kat buku log,malam buat report kat blog. haha.. ^_^

2 comments:

  1. haha..mesti la..excited giteww..hari ni x larat update..hri ni punya combine dgn esk jela..haha

    ReplyDelete