Saturday, May 26, 2012

Cara Baru

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia..ahhaa~ bersempena dengan Hari Belia Negara ni kan,aku jadi belia yang berhemah sikit..huhu..orang kata amik tempias-tempias je cukup la,nk pergi jauh sangat Putrajaya tu..hehe

haaa~ aku bukan nak cite pasal Hari Belia Negara tu..aku nak cite pasal member aku yang sorang ni haa. Teramat sangat la kreatif dan berbakat..tak sia-sia aku ajar ko selama ni..haha..maksud aku,tak sia-sia lecturer FSKM ajar selama ni dan tak sia-sia menghabiskan masa sebulan dok mengaji PHP dengan en rizal..beliau telah mencipta satu website yang di beri nama "carabaru.net"..ni dia aku nak promote sikit website dia..

website ni boleh diklasifikasikan sebagai education website la coz kat sini kita boleh share-share notes with others, boleh upload and download notes, cari notes-notes yang berkaitan dengan subjek kita dan sebagainya..dan aku rasa website ni lebih sesuai kepada mereka-mereka yang berada di universiti especially Universiti Teknologi Mara (UiTM)..aku tak berapa tahu sangat pasal website ni sebab masih belum ada masa nak godek habis-habisan tapi aku dah banyak kali buka juga..memang interesting..senang nak cari notes..so,untuk lebih lanjut, anda-anda semua boleh la ke website ni carabaru,net ..website ni masih baru dan memerlukan sokongan daripada kita semua untuk terus maju...majulah website untuk negara ~ ^_^

owner of this website : Ahmad Faisal

Monday, May 21, 2012

ungkep

Assalamualaikum..haa~ hri ni aku on9 lambat sikit sebab siang tadi balik rumah nenek aku so,sampai rumah lambat..tapi lambat-lambat pun nak post new entry juga..hehe..haa~ cerita dia macam ni...mula-mula tadi nenek aku pelawa makan, aku pun jamah la sikit sebab tak nak dia kecik hati..maklumlah, hati orang tua ni sensitif,mudah terasa..so,kita yang muda ni kena la jaga hati mereka yang tua sebab nanti bila kita dah tua pun,kita akan jadi macam tu juga..haa,berbaik pada cerita tadi,sebenarnya aku dah kenyang sebab dah bedal sate before pergi rumah dia..hehe..haa~ nak di jadikan cerita,boleh pula nenek aku masak ungkep tadi..haih,baik-baik aku makan sikit je,tambah nasi lagi weyh!! seyes,sedap gila..dah lama pulak tak makan lauk ungkep tu..and yang buat aku bertambah selera,selalu ungkep ayam kan..tadi nenek aku masak ungkep kambing weyh..aku ni dah la hantu kambing,hantu ungkep..memang naik hantu aku tadi..makan tak ingat dunia..haha..

haa~ bagi orang jawa,diorang tahu la ungkep tu apa..memang confirm selalu makan..bagi yang jawa celop, and melayu asli ataupun lain-lain bangsa mungkin tak tahu ungkep tu apa..ungkep ni diorang masak warna kuning2..ni haa,atas belas ehsan google,aku pinjam gambar daripada catz's cafe ...banyak lagi gambar ungkep yang lain tapi yang ni paling menggiurkan..hehe


hmmm...buat masa ni aku lom pernah try lagi buat ungkep ni..aku pandai makan je..hehe..tapi,aku akan try juga satu hari nanti..di sebabkan sekarang dah lewat and mak pun dah tidur,so nex entry aku akan post resepi ungkep turun temurun family ktorg..insyaAllah..^_^


Friday, May 18, 2012

Suka-suka





~Gambar Candid~
Tempat : Pantai Puteri, Melaka
Model : Nurul Faiza (kak cik)

Handmade

dalam entry kali ni,kemalasan melanda diriku ini..so,xpayah membebel panjang lebar la ye..cuma nak bagitahu this is my handmade..MOIST CHOCOLATE CAKE..haha.. *cake paling simple di alam semesta..





ahha~ nampak x kemalasannya di situ..kek tu aku biar dalam loyang je..malas nak keluarkan..mana taknya,lom sempat sejuk lagi kek tu, lom sempat aku nak keluarkan,dah kena serang dengan adik-adik aku yang hantu kek ni...so,sebagai kakak yang baik,aku biar jela..suka hati korang la..lagi bagus, mengurangkan kerja kakakmu ini..haha..^_^

Faiz's Birthday

Happy Birthday to you~
Happy Birthday to you~
Happy Birthday to faiz~
Happy Birthday to you~

Semalam bersamaan dengan 17 May 2012 merupakan ulangtahun kelahiran yang ke-19 for my lovely brother, faiz. So,semalam ktorg sekeluarga keluar celebrate his birthday..x buat besar mana pun,kami2 satu family je..after maghrib,ktorg keluar la dinner kat luar..my dad bawa ktorg dinner kat melaka..kedai tu bukan la jenis kedai yang high class..bukan restoren pun..kedai biasa je tepi jalan tapi makanan diaaaa,fuh!! menjilat jari..macam2 ada..western food like sizzling chicken chop, pelbagai jenis makanan berasaskan claypot, makanan biasa goreng2, nak makan nasi putih macam makanan lunch pun ada, asam pedas, kari n banyak lagi la..haa~ ingat restoren high class,tempat2 orang kaya selalu pergi tu je ke yang ada makanan best n sedap..kedai tepi jalan pun ada tau..eh,promote kedai plak tiba2..huhu..sorry la..so,sape yang rasa teringin nak makan,hallo2 aku ye..insyaAllah aku bawa korang nanti...

so,sebelum makan tu,sementara tunggu order sampai,masa untuk potong kek la..tak banyak mana pun gambar ktorg snap sebab kedai makan tu romantik..lampu dia suam2 kuku je..huhu..

[tiramisu coffee cake]

[birthday boy-faiz]

so, faiz..i'm happy n i'm glad being your sister..thanks for being my brother,my close friend (always gosip2), and sometimes my very close enemy..haha..*ayat sama macam wish dalam fb..nasib ler..neway,i'm always pray for your best..good luck in your life n be a soleh son..i love you so much.. ^_^

p/s : hadiah delay ye..harap maklum..haha..SORRY~

Friday, May 11, 2012

Kuih apa??

Assalamualaikum n selamat sejahtera,salam 1 malaysia..
haaa~ ni citer hari tu tapi baru hari ni nak citer..
hari tu ayah dengan faiz xde kat rumah so,macam biasa la..aku,mak,kak cik,alyaa n aniq pergi shopping la..hehe..sempat juga la aku rembat baju kurung sepasang siap tdung skli..fully sponsored by mak..thnx mak..love u!! then,ktorg gi Giant..cuci mata je sebenarnya..x beli apa2 pun..kisahnye bermula apabila kami melangkah keluar daripada pintu Giant tu nak ke parking..tiba-tiba alyaa cakap~

alyaa : mak,nak kuih apam bulu..
mak : haaa????kuih apa?
alyaa : apam bulu..
mak : hanya mampu wat muka pelik..
aku : *gelak dlu...hahahahaha.. baru bagitahu,bukan apam bulu la alyaa,bahulu..

apam bulu ke bahulu?? :p

dan di saat itulah mak & kak cik gelak sampai merah padam muka diorang..haih,ni la alyaa..sehari x buat lawak,memang x sah..dia nk cakap ke,nak tanya ke,suka hati dia je..penah satu ketika dia tanya pasal kentut tapi dah lama dah..n pernah aku post pasal ni kat fb..mulanya apabila alyaa menguap~

aku : alyaa,menguap cakap astaghfirullahalazim..
alyaa : ooo..sendawa cakap alhamdulillah kan??
aku : haa~ pandai pun..
alyaa : kalau kentut cakap apa kak??
aku : ???????

aku hanya mampu tergelak..haih,macam2 la ini budak..letih layan mulut dia..macam2 nak tanya..tapi,time dia gi sekolah,xbest..sunyi sebab xda soalan pelik keluar..^_^

ni la budaknye~ alyaa

Secukup Rasa

Salam jumaat warga~
Hari ni cukup seminggu aku tamat kursus php..walaupun dah seminggu,segala kenangan sepanjang sebulan tu masih berlari-lari dalam kotak fikiran aku ni..macam2 perasaan ada,dh macam serbuk meggi secukup rasa tu..sedih,suka,duka,pahit,manis,perit,semua cukup..mungkin ada yang terfikir,dah seminggu baru nak update??dah basi dah..haih,apakan daya..setiap kali nak update psl ni,mesti air mata start kuar so,dh seminggu ni kurang sikit perasaan tu..

First week tu,ktorg di beri kursus tentang Soft Skill..sangat-sangat la berguna..semangat taw aku datang walaupun sebenarnya takut berdepan dgn Mr Isvaran tu..mana taknya,apa2 hal pun,mesti dia attack aku..mula-mula tu takut la tapi dah lama-lama,jd best..Mr Isvaran pandai interact dengan ktorg semua..macam2 ilmu ktorg dapat..rugi sape x join..haa,yg pling best time kritik pakaian dak lelaki,memang terganggu la class sebelah tu sebab ktorg asyik gelak je dari sesi pagi sampailah ke sesi petang..maaf la kepada sesiapa yang terasa hati time aku comment2 pakaian korang tu ye..hmm,nak tengok pic Mr Isvaran?haaa~ bawah sikit..

[Haa~ yg tengah2 tu Mr Isvaran]

Then,lepas semingu tu, baru start kursus php. First day dah ada pop quiz..haa~ hebat x hebat la kan. Memang main bedal jela. Then,ktorg di beri 1 tugas supaya menyempurnakan sistem pekerja..haa~ dalam tempoh menyiapkan projek ni la macam2 memory ada. First, SZX's family. Aku(farahszx), myra(miyaszx) ,naim(yiemszx) n asuat(asuatszx). Aku sayang diorang gila2 punye. Naim yang banyak bantu aku siapkan projek tu. Sehari lebih 10 kali dia kena buang masa dia untuk aku, detect error la,nak buat tak jadi la,apa la..macam2..haih,kesian dia.. Asuat pula,selalu masuk lambat sebab dia ada class tapi dia buat projek lagi cepat dari aku yang masuk on time ni. Dia minta tolong avengers kot..hehe.. Asuat ni banyak tolong aku time nak wat interface..guna frame bagai.. Myra,sama la lebih kurang cam aku..error je memanjang kita ni kan..nasib baik ada orang belakang..huhu..mula-mula ktorg x rapat mana pun tapi error2 ni yang merapatkan kami semua. Tak termasuk chatting fb la,men net send la,siap pi tengok avengers lagi..Haih, i really miss that moment..last day tu,memang air mata aku ni murah sangat..senang je nak kuar..time tengok muka diorg semua,jauh di sudut hati aku berkata "aku mesti akan rindukan korang semua". then, en rizal berucap minta maaf,naim plak wakil kami semua minta maaf pada en rizal..memang dah tak toleh kiri kanan dah,busy dok cover air mata yang keluar ni..hmm,seyes aku rindu setiap detik time kursus tu..n now, i'm waiting for the reunion promised by yiemszx..nk tengok gambar keluarga bahagia?ni dia~

[Asuatszx | yiemszx | farahszx | miyaszx ]

Then, sepanjang sebulan ni pun aku selalu main tennis petang2..thanx pada mie , faiz , n cr . Diorang la yang ajar aku n myra men tennis sampai la ktorg pandai main..n diorg juga yang temankan kami main. Thanx guys! tapi agak terkilan sikit sebab time last day nak balik tu, tak sempat jumpa diorg say goodbye.

Hmm...yang ni moment paling meninggalkan kesan kat hati aku, time nak berpisah dengan myra n zana..memang air mata x dapat di bendung lagi..empangan dah pecah lalu mencurah-curah ke ladang gandum. Mana taknya,mereka berdua ni la sahabat sejati,susah senang kami bersama,buat kerja gila bersama,semuanya bersama..apatah lagi last sem kami roomate..memang macam2 memory lekat dalam hati ni..mereka berdua yang ajar aku erti kehidupan..tak rasa kan dah 3 tahun kita bersama-sama..lepas ni,memang susah untuk kita jumpa lagi..mungkin setahun sekali je kita dapat jumpa,time raya..aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kat korang berdua atas setiap salah silap aku selama 3 thun ni n halalkan segala makan minum aku juga..terima kasih sebab sudi jadi kawan terbaik aku..thnx sangat2..sayang korang ketat2!!

[comel x kami?? :) ] 

Hmm...x lupa juga buat jiran kami shepa,atiq n adah..thnx sebab menambah warna warni hidup aku..sorry atas segala salah silap aku ye n thnx sbb sudi jd kwn aku..kepada semua warga yang mengenali diri ini, kalau terlalu muar ke,tibe2 terasa nak datang muar ke,sila roger saya ye..jemput la datang ke teratak saya yang tak seberapa ni..terima kasih semua!! miss u all so much.. ^_^






Thursday, May 10, 2012

Look Younger

Ahhaa~ hari ni saje nak citer 1 kisah di pagi hari..kisahnya berbunyi begini..

Sedang aku asyik memilih kuih-muih untuk sarapan (hari ni malas nak buat sarapan), ada sorang mak cik tegur~

---------------------------------------------------------------------------------
Mak cik : Awak dah habis sekolah ea dik?
Aku : Ha'ah..dah.. *confident
Mak cik : Tengah tunggu result SPM ea?
Aku : errkkk??? saya dah diploma mak cik..tgh cuti sem..
Mak cik : Laa..yeke??muka macam budak sekolah..
Aku : hahaha *dlm hati makcik ni ngigau ke lupa bawa spect??

---------------------------------------------------------------------------------

Haaa~ ingatkan dah habis..sambung lagi..

---------------------------------------------------------------------------------
Mak cik : Awak duduk mana??
Aku : Kesang Tasek..
Mak cik : Owh,anak sapa??
Aku : Amaluddin..kenal??rasenye tak kenal kot..ayah saya tak femes..hehe
Mak cik : Haha..tengok muka mungkin kenal kot..
Mak cik : Awak diploma kat mana??
Aku : Uitm Segamat..
Mak cik : Owh,dah tahun berapa?
Aku : Dah habis dah..tengah tunggu nak praktikal..lepas praktikal habis la..
Mak cik : Owh,lepas tu sambung ijazah la ye?
Aku : InsyaAllah,kalau ada rezeki..
Mak cik : Awak umur sekarang berapa?
Aku : 21..
Mak cik : Owh,ijazah berapa tahun??2 ke 3??
Aku : 2 tahun..
Mak cik : Owh,23 nanti habis la belajar ye..
Aku : senyap n hanya mampu tersenyum *dlm hati,mak cik ni tanya dah macam nak interview bakal menantu je..ada anak lelaki ke??nak masuk meminang??haha..
---------------------------------------------------------------------------------

Ok,citer dah habis..tu je nak cakap hari ni..haha..thnx la kpd yg sudi baca citer merepek aku ni.. ^_^

Tuesday, May 8, 2012

Keburukan Tidur Lepas Subuh & Asar

Haaa...tang ni la yang paling best naaa...tidoq lepas subuh,lepas asar..memang ramai yang buat termasuklah aku sendiri...firstly pasal tidur lepas subuh..mak aku selalu pesan,jangan tidur lepas subuh,rezeki tak masuk..orang pemalas je yang tidur lepas subuh ni..mula-mula tu aku amik tak kisah je..apa kaitan tidur lepas subuh dengan rezeki tak masuk..cm jauh bebenor..tapi bila terbaca satu artikel tentang keburukan tidur lepas subuh ni,seyes aku terkejut..n bila fikir-fikir balik,betul juga kalau kita tidur, x pergi cari rezeki,macam mana rezeki nak datang..betul x??

"Di makruhkan tidurmu-wahai mukallaf-selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang berakal". - Imam as-Safarini-


So,rakan-rakan di luar sana,lepas ni sama-sama la kita buang tabiat suka tidur lepas subuh tu ye.. ^_^

Next, keburukan tidur lepas asar plak..setahu aku,keburukan tidur lepas asar ni xde pun di sebut dalam mana-mana hadith tapi kalau ada tu,aku mohon maaf sangat2..honestly,aku kureng skit tidur lepas asar ni sebab dari kecil lagi mak aku selalu cakap, "jangan tidur lepas asar,nanti gila" Haaaaaaa,coba hang habaq mai sapa yang nak jadi gila??uish,aku dah cukup bahagia dah so,tak perlu rasanya nak register jadi ahli Hospital Bahagia..huhu..Mengikut pengalaman aku la,kalau tidur lepas asar ni, bangun je mesti sakit kepala..mungkin sebab petang cuaca panas kan..Pernah satu hari tu,aku dengan roomate aku sama-sama tidur lepas asar..bukan sengaja nak tidur tapi tertidur sebab terlalu penat..tengah syok tidur,fon aku bunyi..mula-mula tu marah la juga sapa yang call tengah-tengah malam buta ni..sekali dah letak fon,tgk jam kat fon pukul 7.30 malam..mak aii,maghrib oii,bukan tengah malam..ish3x..tu la sebenarnya keburukannya...takut kita terlepas waktu maghrib bila tidur petang..Haa,aku juga ada terbaca katanya perempuan yang suka tidur lepas asar ni,nanti jin suka gigit peha dia..haa,mau ka??so,lepas ni try tidur lepas asar pastu,bangun check peha kay...haha...tapi aku sendiri tak tahu kesahihan cerita ni..aku just suka-suka je nk share..maaf la kalau ada tersilap info..

agak2 ada rupa mcm ni x jin tu?? :p


anak singa,anak rusa,
kalau salah,maaf la ye~~

Segamat Lagi~

Alhamdulillah...semalam check UPU n hri ni check surat tawaran..dapat Diploma In Computer Science kat Uitm Kampus Segamat..sounds good..haha..tu 3 thun lpas la..thun ni sebenarnya adk aku faiz ni dapat UPU..sape yg follow blog ni tapi tak bape kenal family ktorg mesti pelik sbb last year aku update psl aku hantar faiz ni ke UIA..untuk pengetahuan semua, x sampai sebulan pun faiz kat UIA tu,dia cabut balik..atas alasan??aku sendiri pun xtau..dia kata tak minat kena amik Arabic..tapi berbaloi la dia kuar dari UIA tu,dia terus ikut ayah kerja sampai dia dah ada kebun dia sendiri n duit dalam ASB dia pun dh boleh wat hantaran meminang anak dara orang cuma calon je lom ada..ada sape2 nk try??sila la~ haha..

                                                                       [handsome x??]

Faiz dapat Diploma In Accountancy...guess Uitm mana??for sure la Segamat..memang tak lari ke mana la kan..aku kuar sem ni,sem depan dia plak take over..Memang berkampung la family aku kat segamat tu tapi tak kisah la..senang sikit nak ulang alik,dekat je kan..cumanya,dia sendiri tak tahu nak terima tawaran ni atau x..biasa la,dah sedap pegang duit kan..kalau aku pun,fikir 14 kali nak terima tawaran ni..apa2 pun,akak sentiasa sokong apa pun keputusan yang kamu buat..good luck kay... ^_^

Monday, May 7, 2012

I Forgive You


Assalamualaikum....wah,terasa rindu sama ini blog...sudah berkurun lamanya tidak ku update ini blog..reason?? Hal ini yang demikian kerana blog ini sudah di hack..oleh??oh,tidak pula kupasti siapakah gerangannya yang telah meng'hack' blog ku ini...apa yang penting,beliau telah mengembalikan semula blog ini ke tangan ku disertai dengan mohon maaf..when someone ask me,"apa yang hacker tu nak sebenarnya?" so sorry, i dont have the answer..you can straight ask the hacker..tak kisah la apa pun sebabnya dia hack blog ini dulu,siap tukar layout,tukar password..terlebih rajin sebenarnya hacker ni..xpela,apa2 pun,aku telah pun memaafkan kau ye wahai hacker..n if ko terbaca post aku ni,aku nak ucapkan terima kasih sbb pulangkan semula blog ni..x sangka ada juga hacker yang baik dalam dunia ni..hacker ni beriman kot,Alhamdulillah...so,lpas ni boleh la aku menghabiskan masa terluangku bersama blog ini lagi...haa,x lupa juga thanks pada teman baikku yiemszx . Beliau yang perasan blog ini telah di kembalikan kepada ku lalu memberitahu ku..kalau tak,sampai ke sudah aku tak tahu sebab aku ingat blog ni memang dah hangus dah..so,thanks again pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam mengembalikan semula blog ini... ^_^